Dia tunang saya ^___^


Alhamdulillah...
Perkenalan yang tidak disengajakan..
Membuahkan bibit-bibit cinta.
Tidak mengimpikan tidak mengharapkan akan sebuah
hubungan yang serius.

Serius lahir dari hati aku tidak menjangkakan bahawa tahun 2014 ni
membawa satu kebahagiaan yang sangat indah.
Pelbagai dugaan yang datang, termasuklah yang datang dan pergi (faham faham je lah ye hihi)
rupanya DIA nak beri ini.

So hari ni aku nak ceritakan perangai SENGET dia Hihi

1) Suprise!

Dia. Memang suka buat suprise. Salah satu suprise dia haa ini lah ini (tunang).
Sebelum hari tunang, my mom call. My mom suruh balik. Kononnya rindu. Aku pun dengan
rasa tak bersalahnya, tanpa rasa syak wasangka nya cakap lah okay nanti balik.
So sampai je rumah, abang cakap jom lah kita pi keluar. Beli baju raya.
Aku pun macam "err tak awal sangat ke, puasa pun belum dah beriya nak beli baju
raya" Then abang just cakap, jom je lah. Beli lambat nanti ramai orang, sesak. So sekali lagi dengan blurr nya
pi lah keluar dengan dia beli baju ghayeeee. Then sampai kat butik ni, abang suruh lah pilih baju yang suka. Yang cantik cantik. Kononnya nak buat kelainan raya tahun ni. So aku pun pilih lah yang tak pernah aku rasa nak pakai. Hahaha. Then lepas tu pi butik pengantin. Abang aku cakap nak beli veil. Aku pun macamm 'errr perlu ke veil?' then dia cakap nak beli untuk majlis tunang dia nanti. Aku pun iya iya kan lah. Ikut je lah sebab tak guna duit aku langsung.
Then malam tu, my mom tanya "hang tau tak esok ada apa?" Aku just blur. Dalam kepala otal
dok fikir, ada apa eh esok? esok hari apa eh? beapa hari bulan? and bushhhhhhh penuh dengan soalan.
Then aku just tanya, ma esok ada apa eh? org tak dapat fikir esok ada apa. Then mom cakap, hang pi masuk bilik tu (sambil tunjuk arah bilik belakang) aku pun pi lah. Tengok ada hantaran. Aku dah blur. Hantaran sapa eh? Emm maybe abang aku kot. Tanya mom lagi. "Ohh abang dah nak tunang eh. Baguslah, nanti boleh pulak turn kak ah hihi" Mom cakap, "bukan abg hg tapi hg lah. Tu lah abg hg beria ajak hg pi beli baju"

Terkejut. Terkaku. Terdiam. Blur. (masuk bilik tidur dan berharap ini mimpi)

Esoknya (hari tunang) kazen kazen dok masak. Aku dah tau ni bukan mimpi tapi realiti. Aku tak mesej pun si dia. Tak nak tanya apa apa, cuma berharap dia yang akan mesej and tell apa semua ni. Lepas zohor majlis pun bermula. Si dia and his family semua ada. Ini adalah suprise paling besar. And aku ni bukan orang sukakan suprise tapi bila aku dah dengan dia terpaksa aku terima semua suprise dari dia.

2) Penyabar

Aku ni panas baran sikit. Orang kata sikit mula nak angin. Mula nak serang balik.
Tapi dia tak. Even aku marah, maki hamun semua(dulu dulu sebelum tunang) tapi dia tetap sabar.
Selalunya perangai baran aku ni aku akan tunjuk dekat orang yang betul betul rapat dengan aku. Dulu sebelum tunang aku taktau kenapa perangai baran aku, boleh tunjuk dekat dia. Maybe sebab dia jodoh aku. Hihihi. Susah nak jumpa laki yang penyabar. Seriously, SUSAH sangat. Tambah tambah, aku ni suka cari pasal, kuat cemburu, kuat merajuk tapi sabar dia pada aku tak pernah sedikit pun hilang. Dan aku berharap aku dapat kurangkan panas baran aku ni sebab aku takut kalau aku teruskan
aku mungkin kehilangan dia :'(

3) Positif

Yeah ni salah satu sikap/perangai dia. Always positif. Even dia sakit, dia tetap positif kan. Kalau aku,
masalah satang sikit aku dah down. Down yang amat sangat. Dan bila aku down, dia lah yang kasi semangat aku up. Bagi kata kata motivasi. Bagi contoh yang jadi disekeliling dia. Ye lah orang bisnes kan mana boleh down. Kalau down lingkup lah bisnes dia.



Even aku dengan dia kurang mesej, kurang nak call, kurang jumpa tapi perasaan sayang aku dekat dia sedikit tak pernah turun. Dia lah satu satunya lelaki (selain ayah) yang memahami aku. Dia lah telinga tambahan aku. Selalu dengar aku bebel sebabnya aku ni kuat bebel. Haha. Kalau keluar dengan dia, dari awal sampai ke habis aku lah paling banyak bebel. Sedikit pun tak menyampuk, bukan sebab dia takut okay, tapi sebab dia respect. Kalau nak ceritakan perangai dia yang aku suka, memang banyaklah.
Tak terhingga.

Thankyou Allah kerna beri lelaki yang sangat sangat penyayang. Dan aku berharap hubungan aku kekal selamanya. I love you Mohd Syazwan :)

#SalamRamdhan